BanyakCakapBanyakILmu

HEY! HEY! SAYALAH PENGGEMAR “OTAK DIYEE” ..

Inilah kisah anak muda yang kental tetapi berjiwa punk dengan dunia luar. Menerajui kehidupan dengan halobanya dan melayari bahtera kegembiraan bersama semua si mata pencarian yang teristimewa.

11 October 2011

Terima Kasih Kepada Yang Menasihati....

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tak update blog, kali ni AL ada special untuk 3 pihak yang mengambil berat dengan melawat blog AL ni.. Terima kasih kepada Hater, Pak Cik Kordi dan Pak Cik G (saya minta maaf xberjaya eja nama Pak Cik)  kerana telah menasihati AL. Kepada Hater, AL bukan berniat untuk memarahi Hater... Tetapi AL harap Hater dapat menasihati seseorang itu dengan cara yang betul dan bukan dengan hanya mengutuk atau menulis yang bukan-bukan. AL terima kata-kata ANDA semua dengan hati yang terbuka.. Yaaa! Memang AL akui AL memang telah tersilap langkah sebelum ini dan semuanya berpunca daripada kesalahan AL sendiri. Tetapi cara untuk menegur tu bukan lah dengan mengutuk atau sehingga boleh membangkitkan kemarahan orang lain. Alhamdulillah, Allah telah memberi petunjuk kepada AL untuk memperbetulkan segala kesalahan AL. Kepada Pak Cik berduaa, terima kasih banyak-banyak kerana menasihati AL. Sesungguhnya semua yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. dan perkara yang buruk itu adalah datang daripada diri kita sendiri. Kepada "bloggers", AL dah lama tak update blog ini pun sebab AL tengah belajar untuk memperbetulkan diri AL agar menjadi lebih baik dan berjaya untuk masa depan.. AL harap, kawan-kawan semua dapat mengambil pengajaran dalam perkara ini... Sesungguhnya ALLAH S.W.T. itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubah segalanya dan bukannya orang di sekeliling kitaa . Mereka hanya mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kita.

P/S: kalau boleh, AL ingin berkenalan dengan Hater , Pak Cik Kordi dan Pak Cik G. Anda boleh add AL di skype (alyani afiqah / adyaniela) or Formspring (alyani saruan) ... Blogger yang lain pun boleh add AL ^___^ Sorry yee, AL dah deactivate FB ... 




Selamat Membacaa ...
Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

No comments:

Post a Comment