BanyakCakapBanyakILmu

HEY! HEY! SAYALAH PENGGEMAR “OTAK DIYEE” ..

Inilah kisah anak muda yang kental tetapi berjiwa punk dengan dunia luar. Menerajui kehidupan dengan halobanya dan melayari bahtera kegembiraan bersama semua si mata pencarian yang teristimewa.

12 October 2011

PSPM1 Semakin Hampir bagi pelajar Matrikulasi....

Assalamualaikum pembaca blog AL..... ಠ_ಠ
Jam AL dah menunjukkan pukul 0110 a.m. ... AL tidak dapat melelapkan mata, jadi AL curi sedikit masa untuk menulis entry ini. Entry AL kali ini adalah khusus untuk students yg bakal menduduki peperiksaan dan sesiapa sahaja yang berkenaan... ^_____^

Tajuknya adalah PENGURUSAN MASA !


Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi
melakukan aktiviti harian dan merasa puas  hati dengan apa yang telah anda lakukan.
Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk
merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut
bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda.
Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa
dengan bijak dan bertanggungjawab.

Kepentingan pengurusan masa 
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
• Membazir banyak masa yang berfaedah
• Menjadi tidak produktif
• Mendapat stres
• Menjadi cemas dan bimbang
• Bertambah gusar dan mudah marah
• Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan

Panduan pengurusan masa bagi remaja
Buat jadual harian. Catatkan:
• Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
• Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
• Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
• Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? • Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?

Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada
dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.

Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan
menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan
melakukan aktiviti yang lebih produktif.

Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang'
bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli
sepasang kasut'; merupakan satu matlamat.

Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya:
'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan,
Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'.
Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.

Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti
dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk
menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.

Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila  ia perlu diselesaikan membolehkan anda
mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.
Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin
dibereskan.
Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat
agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.

Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.
Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.

Hasil 
Anda menjadi:
• Lebih terurus
• Produktif
• Kurang tertekan
• Gembira
• Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

No comments:

Post a Comment