Aku ini adalah seorang youtuber sebelum ni. Tetapi aku sudah pencen dengan karier aku itu. Ramai yang bertanya, "Kenapa youtube aku dah takde video sangat?" . Ada juga yang tanya, "Mana pergi video kau main guitar, keyboard and blablablabla??".
Ohhh come on babes, aku dah berhenti melaksanakan kerja aku sebagai youtuber. Aku mohon maaf kalau ada yang tak berapa sependapat dengan aku.
Menurut ayahanda aku punya kata-kata, "Don't make music as your main point of life!" . Mulamula aku tak paham sangat dengan katakata beliau, tetapi setelah aku semakin meningkat dewasa ni baru lah aku paham maksud disebalik katakata tersebut.
Ayahanda aku juga pernah berpesan, "Kakak, suara seorang wanita tu aurat. Better tak payah lah nak jadi youtuber. Abah tak kisah kalau kakak nak go on with music, cuma tak perlu lah mengeluarkan suara yang mendayu-dayu untuk orang ramai."
Maka, aku pun mengerti dengan pesan nasihat ayahanda ku yang tercinta tu. Mungkin ada hikmahnya kenapa aku tidak famous and sefofular orang lain. Hahahahaha.
Okay.. Sejujurnya aku mengaku, memang aku berkemahiran dalam bermain alat-alat muzik. Antaranya adalah gitar (of course ramai yang tahu bermain) , ukulele (newbies lagi) , piano (Grade 5 je sejak dulu) , organ (Level 6 *pencen awal) and last but not least is keyboard (di tahap expert juga) .
Jadi, lepas ni aku harap tak kan ada lagi pertanyaan mengenai youtube aku tu ya. Tambahan pula, sekarang ni aku dah further studies and masa aku bersama muzik semakin berkurangan. Mungkin kalau ada kelapangan aku akan upload video aku bermain alatan muzik sahaja. And aku akan miming menggunakan muzik yang asal or minus one.
Aku mohon maaf yaa kalau ada yang tersinggung dengan pengakuan ikhlas aku. Cuma itu lah diri aku kerana ayahandaku sudah menerapkan seni muzik ke dalam sanubari ku sejak azali lagi.
Aku si Pemuzik TEGAR |
My vintage organ |
1. Senteinway Piano 2. Ibanez Electric Guitar 3.Yamaha Accoustic guitar 4. Mahogany Classical guitar 5. Multipurpose Emplifier ME-5000 |
Free EP that i got from my 1st GIG at The Wall |
Serious UKULELE busker |
No comments:
Post a Comment